PENJAWAT awam Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidifitri. Pemberian bantu khas tersebut diumumkan Menteri Besar negeri tersebut, Amirudin Shari pada majlis Rapat Ramadan Bersama Kakitangan Awam Selangor 2019 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada Jumaat.
Seramai kira-kira 1.6 juta kakitangan awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima Bonus seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pada pembentangan Bajet 2020 pada 11 Oktober 2019. Pemberian bayaran khas adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas perkhidmatan kakitangan awam.
Bonus Raya Melaka 2019. Pemberian sebanyak RM1,000 sebagai bonus Hari Raya Aidilfitri akan diagihkan kepada 5,300 orang kakitangan awam negeri Melaka. Menurut Ketua Menteri, Adly Zahari, bayaran bonus tersebut akan diberikan bersama gaji bulanan kakitangan kerajaan. Tarikh Bayaran Bonus Raya 2019 Melaka: 23 Mei 2019; Bonus Raya Negeri Sembilan 2019.
LEBIH 12,000 penjawat awam di Terengganu boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri meluluskan pemberian bonus raya RM500 seorang. Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, bonus berkenaan akan dibayar selepas Aidilfitri berikutan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Saranan Cuepacs adalah supaya bonus sebanyak dua bulan gaji wajar dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia berdasarkan kenaikan kos sara hidup di Malaysia pada hari ini. Berdasarkan rekod, kakitangan awam hanya menerima bonus yang sebenar-benar dinamakan bonus adalah pada tahun 2012. Kenaikan gaji penjawat awam jauh sekali. Ia adalah tahun terakhir sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum.
Kerajaan Selangor telah meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang- kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor. Berikutan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor memutuskan juga untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.
Suka cita ingin saya maklumkan bahawa baki Bantuan Khas Kewangan tahun 2019 penjawat awam Negeri Selangor akan diagihkan hari ini. Bonus sebulan gaji telah disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu, manakala baki antara RM500 sehingga dua bulan gaji berdasarkan KPI akan diagihkan hari ini. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta.
SHAH ALAM: Seramai 19,244 kakitangan awam negeri di Selangor akan menikmati bonus sebulan gaji sempena menyambut Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar, Amiruddin Shari, berkata Insentif Mahabbah Selangor itu turut menyediakan insentif sebanyak RM1,000 kepada 739 kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.